Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua pengawal keselamatan didakwa halang tugas, guna kekerasan terhadap pegawai polis


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





BUKIT MERTAJAM, 16 Ogos (Bernama) -- Dua pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menghalang tugas dan menggunakan kekerasan terhadap pegawai polis dan pasukannya semasa menjalankan pemeriksaan terhadap mereka, pada Selasa.

Yahaya Awang, 49, dan Muhamad Shazwan Ishak, 31, masing-masing didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap pegawai polis Insp Thiruchelvan Esayi  Krishnan dan pasukan polis semasa menjalankan kewajipan sebagai penjawat awam berdekatan Jalan Pasar, di sini pada pukul 4.30 petang, 13 Ogos lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka didakwa menghalang pegawai polis dan pasukannya itu dengan enggan memberi kerjasama semasa pemeriksaan sehingga terpaksa ditangkap pihak polis di tempat, masa dan tarikh yang sama mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. 

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara selama tempoh hingga dua tahun atau denda yang boleh sampai RM10,000 atau kedua-duanya. 

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nazri Abdul Rahim menawarkan jaminan RM9,000 dengan seorang penjamin kepada setiap tertuduh, bagaimanapun Yahaya dan Muhamad Shazwan yang tidak diwakili peguam memohon jaminan rendah.

Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM3,800 dengan seorang penjamin dan menetapkan 4 Sept depan untuk sebutan semula kes bagi penyerahan dokumen dan lantikan peguam.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel