Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

IPU di Sarawak berada dalam kategori sederhana setakat 11 pagi


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





KUCHING, 16 Ogos (BERNAMA) -- Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak secara keseluruhannya berada dalam kategori sederhana setakat 11 pagi ini.

Stesen Pengawasan Udara Automatik yang terletak di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri mencatat penurunan bacaan IPU iaitu dari IPU 92 pada 9 pagi kepada IPU 91 ketika ini yang diklasifikasikan pada tahap sederhana.

Menurut data yang dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di SK Kuala Baram 2 menunjukkan sedikit peningkatan dan turut berada dalam kategori sederhana iaitu daripada bacaan 63 pada 9 pagi kepada bacaan 64 pada 11 pagi.

Seterusnya, keadaan jerebu di Sri Aman juga berada dalam keadaan sederhana dengan bacaan IPU 60. Bacaan IPU di Sibu, Miri dan Kuching pula kekal pada kategori sederhana dengan masing-masing pada bacaan IPU 59, 59 dan 76.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100, sederhana; 101-200, tidak sihat; 201-300, sangat tidak sihat dan melebihi 300, berbahaya.

Orang awam boleh merujuk laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS) di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di ‘Google Play’ bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel