Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sebanyak 481 kes kebakaran belukar dicatatkan di Sarawak


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





KUCHING, 16 Ogos (Bernama) -- Kes kebakaran belukar di Sarawak kini mencatatkan 481 kes bagi  tempoh 1 Ogos sehingga 12 tengah hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam satu kenyataan memaklumkan, seluas 1349.7 ekar tanah turut terjejas di beberapa kawasan ekoran kebakaran belukar itu.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Sedi di Pulau Bruit, Kampung Sangki di Simunjan, Kampung Tuie di Betong, Taman Harmoni di Sri Aman, Jalan Marudi – Miri, Jalan Batang Lupar di Sri Aman, Kampung Supak di Betong dan Kuala Baram.

Secara purata JBPM Negeri Sarawak menerima 30 kes kebakaran api belukar setiap hari.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel