Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

130 peserta buru gelaran Mr Malaysia 2019


Tarikh kemaskini: 16/08/2019




KOTA KINABALU,  16 Ogos (Bernama) -- Seramai 130 atlet  berentap bagi merebut gelaran Mr Malaysia 2019 pada Kejohanan Bina Badan Kebangsaan ke-50 yang bermula di sini semalam.

Setiausaha penganjur kejohanan, Joseph Sylbester, berkata, 16 kategori dipertandingkan termasuk kategori remaja 70 kilogram (kg), Masters, Wanita, Light Flyweight 55kg, Flyweight 60kg dan kategori Bantamweight 65kg dalam kejohanan itu.

 “Ini adalah kali ketiga Sabah menjadi tuan rumah kejohanan selepas penganjuran pada 2007 dan 2012. Hari ini kita masih di peringkat pemilihan untuk lima peserta setiap kategori yang bertanding dalam saingan akhir esok,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Joseph, yang juga jurulatih pasukan Sabah, berkata seramai 18 atlet dari Sabah menyertai kejohanan berkenaan.

“Kita sasarkan pasukan Sabah sekurang-kurangnya mendapat tiga emas dan tiga pingat perak. Kita meletakkan harapan kepada beberapa atlet untuk mendapatkan pingat,” katanya.

Beliau berkata antara atlet yang menjadi sandaran emas pasukan Sabah ialah Grace Voo dalam kategori remaja 70kg dan ke atas, Christie M.L Cletus (Middleweight 85kg) dan Suhaili Toipin yang bertanding dalam kategori Welterweight 75kg.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel