Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tanah runtuh di Jalan Air Panas Tawau dibaikpulih


Tarikh kemaskini: 16/08/2019




TAWAU, 16 Ogos (Bernama) -- Kawasan tanah runtuh sepanjang 40 meter di Kilometer 2.4, Jalan Air Panas di sini, akan dibaikpulih bermula minggu hadapan dengan kos pelaksanaan kira-kira RM500,000.

Pembantu Menteri Kewangan, Saripuddin Hata berkata kerja baik pulih selama 12 minggu itu akan dilakukan kontraktor lantikan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

"Dianggarkan 2,000 pengguna melalui jalan ini hampir setiap hari di jalan ini yang  antaranya akan di pasang cerucuk," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi tanah runtuh di sini, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut memberi jaminan masalah bekalan air di kawasan Dewan Undangan Negeri Merotai akan diselesaikan segera.

"Masih ada lagi rumah-rumah yang tiada air paip dan ini mengecewakan kerana isu ini (masalah air) tidak menjadi keutamaan dahulu (kerajaan dahulu)," katanya.

Saripuddin berkata kerajaan kini dibawah pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sentiasa menekankan perkara asas elektrik, air serta jalan raya dijaga dan dibaikpulih jika rosak.

--BERNAMA

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel