Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Marin Sarawak akan gempur lokasi seludup dan gudang rokok haram


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





KUCHING, 16 Ogos (BERNAMA) -- Pasukan Polis Marin (PPM) sudah mengenal pasti lokasi dan akan menyerbu lebih 20 lokasi ‘hotspot’ penyeludupan, serta gudang simpanan rokok haram di seluruh negeri Sarawak.

Komander PPM Bukit Aman, SAC Mohd Yusoff Mamat berkata antara lokasi berkenaan terletak di Kuching, Sibu, Miri dan Bintulu yang diperolehi berdasarkan risikan dan maklumat awam.

"Pasukan Polis Marin akan menggempur lokasi yang sudah dikenal pasti dalam membanteras aktiviti penyeludupan dan rokok haram di Sarawak.

"Risikan dan maklumat yang diperolehi juga mendapati gudang simpanan ini banyak terletak di kawasan pelabuhan," katanya kepada pemberita selepas majlis serah terima tugas Komander PPM Wilayah 5 Sarawak.

Majlis tersebut menyaksikan ACP Shamsol Kassim dilantik sebagai Komander PPM Wilayah 5 Sarawak yang baharu, menggantikan pemangkunya Supt Ab Rahman Mat Hassan.

Mohd Yusoff berkata permintaan tinggi dan pasaran yang luas di Sarawak, menjadikan negeri ini antara lokasi penyeludupan rokok yang strategik.

"Rokok seludup ini didapati dari Vietnam, China, Thailand dan Indonesia yang mempunyai banyak kilang rokok.

"Kita tidak menolak kemungkinan penyeludupan itu dilakukan menggunakan bot nelayan tempatan, selepas pertukaran berlaku di tengah laut," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel