Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis giat buru lelaki bunuh isteri kerana cemburu


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





KENINGAU, 16 Ogos (Bernama) -- Polis sedang giat memburu seorang lelaki berusia 40-an yang disyaki membunuh dan membakar mayat isterinya yang ditemukan rentung di kawasan semak sebuah kebun di Batu 8, Jalan Sook, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Keningau, DSP Shahrudin Mat Hussin, berkata, mangsa dikenali sebagai Sarah Israkil, 44, berbangsa Suluk Filipina dan bukan seorang remaja tempatan sebagaimana yang ditularkan dalam media sosial.

Katanya, berdasarkan siasatan awal mendapati mangsa bergelut sebelum dibunuh dan dibakar oleh suspek akibat cemburu.

“Mayat mangsa diseret lima meter ke bawah pokok mangga untuk dibakar sehingga sukar dicam untuk tujuan melupuskan bukti,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Menurutnya, dapatan Pasukan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontnjen (IPK) Sabah ke atas mayat mangsa mendapati terdapat enam kesan tikaman di seluruh anggota badan mangsa.

Shahrudin berkata berdasarkan keterangan saudara terdekat mangsa, motif pembunuhan berpunca daripada cemburu dan suami mangsa sedang diburu untuk membantu siasatan.

Katanya orang ramai yang mengetahui lokasi terkini suspek diminta menghubungi balai polis berdekatan.

Pada kejadian jam 7.20 pagi itu, polis Keningau menerima panggilan daripada orang awam mengenai penemuan mayat dalam keadaan terbakar di kawasan kebun tersebut.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel