Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Suara mahasiswa diperkukuh dengan keanggotaan di Senat


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Dalam membuat keputusan, menentukan hala tuju universiti serta memberikan penyelesaian kepada isu-isu kebajikan mahasiswa dan hak-hak berkaitan, mahasiswa kini diberi peluang bersuara dengan menganggotai Senat di universiti-universiti awam seluruh negara.

Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataannya hari ini berkata langkah melantik mereka ke senat juga menjadikan universiti-universiti awam di negara ini, sebagai yang pertama di Asia Tenggara untuk berbuat demikian.

“KPM melihat usaha ini sebagai pendedahan terbaik bagi menyediakan kepimpinan berkualiti di masa hadapan.

Menurut kenyataan itu lagi, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik hari ini turut mengambil peluang bertemu mahasiswa yang telah dilantik menganggotai Senat di universiti masing-masing.

Dalam pertemuan itu, Maszlee berharap mahasiswa yang diberikan tanggungjawab itu dapat mengukuhkan komitmen dan menyumbang idea demi universiti, serta pendidikan tinggi di negara ini.

“Mahasiswa merupakan antara pemegang taruh utama untuk kementerian, dalam memastikan agenda reformasi pendidikan yang sedang digerakkan berjalan lancar,” kata kenyataan itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel