Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MOTAC nasihat pusat peranginan beri perhatian serius aspek keselamatan


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





GEORGE TOWN, 16 Ogos (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menasihatkan semua pengusaha pusat peranginan, supaya mengutamakan aspek keselamatan dan memberikan perhatian serius terhadap aspek itu, bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Timbalan Menterinya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata jaminan keselamatan dan kesejahteraan kawasan sekitar pusat peranginan, merupakan elemen yang amat penting bagi kedatangan pelancong baik dari dalam mahupun luar negara.

"Saya tidak bercakap tentang peristiwa yang berlaku di The Dusun Resort sahaja, tetapi saya bercakap secara menyeluruh terutama sekali pengusaha resort yang berada di kawasan terpencil atau pendalaman. Memeriksa semula adalah penting. Kalau pelancong tidak selesa dengan tempat itu dari segi pengawalan dan keselamatan, pelancong tidak akan datang.

"Jadi, apabila terjadi kes seperti ini (tragedi kehilangan Nora Anne Quoirin), orang ramai akan skeptikal untuk menginap di pusat-pusat peranginan seperti ini. Saya harap ini menjadi pengajaran kepada semua pengusaha pusat peranginan, untuk menitik beratkan soal keselamatan, selain daripada keselesaan pengunjung," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kenyataan di media sosial yang mempersoalkan tentang pengoperasian kamera litar tertutup (CCTV), serta kawalan keselamatan di pusat peranginan di Negeri Sembilan itu.

Terdahulu, Muhammad Bakhtiar menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Rangkaian Hotel Seri Malaysia dan Yayasan Islam Pulau Pinang.

Bagaimanapun Muhammad Bakhtiar berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenai status keaktifan kamera litar tertutup (CCTV), di kawasan pusat peranginan tersebut.

Tambahnya, beliau telah menziarahi keluarga mangsa pada dua hari lepas, untuk menzahirkan ucapan takziah atas kehilangan remaja warga Ireland itu.

Misteri kehilangan Nora Anne selama 10 hari akhirnya terjawab, apabila mayat perempuan yang ditemui oleh pasukan pendaki berhampiran anak sungai di Gunung Berembun, disahkan oleh ahli keluarga sebagai Nora Anne. 

Mayatnya ditemui kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi beliau dilaporkan hilang. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel