5gYNJ5Pk3zE Aaliyah menang Anugerah Peluncur Terbaik Asia 2019
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Aaliyah menang Anugerah Peluncur Terbaik Asia 2019


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





PUTRAJAYA, 16 Ogos (Bernama) -- Ratu luncur air negara, Aaliyah Yoong Hanifah dinobatkan sebagai pemenang pertama Anugerah Peluncur Terbaik Asia sempena Kejohanan Ski Air Dunia IWWF 2019 di Pusat Sukan Air Putrajaya di sini hari ini.

Peluncur berusia 16 tahun itu merangkul anugerah yang julung kali diperkenalkan itu atas pencapaian sebagai satu-satunya wanita Asia yang bersaing dalam kesemua tiga kategori yang dipertandingkan iaitu slalom, jumps dan tricks.

Selain itu, Aaliyah turut mencipta sejarah apabila muncul sebagai peluncur wanita Asia pertama untuk layak ke pusingan akhir acara tricks pada kejohanan dunia apabila menduduki tangga kesembilan dalam kelompok 12 peserta terbaik ke final, Ahad ini.

Meskipun mengalami masalah kecederaan telinga, Aaliyah mengumpul 7,320 mata dalam acara tricks pusingan awal hari ini, sekali gus memadam rekod Asia 7,250 mata.

Persekutuan Ski Air & Wakeboard Malaysia (MWWF), dalam kenyataan, berkata Anugerah Peluncur Terbaik Asia kategori lelaki dimenangi oleh peserta berusia 16 dari Korea Selatan, Ju Seong Min.

Anugerah bagi peluncur terbaik Asia itu menyaksikan tiga peluncur dipilih daripada setiap empat disiplin - slalom, tricks, jump dan keseluruhan bagi kategori lelaki dan wanita.

Sebanyak 24 peluncur dari Asia iaitu dari tujuh negara, China, Indonesia, Korea Selatan, Jepun, Singapura, Thailand dan Malaysia, adalah antara 143 peserta dari 32 negara mengambil bahagian pada kejohanan dunia tersebut.

 

ANUGERAH PELUNCUR TERBAIK ASIA:

Lelaki:

Slalom

EMAS: Ju Seong Min (KOR)

PERAK: Park Jae Young (KOR)

GANGSA: Ryota Funo (JPN)

 

Tricks

EMAS: Ju Seong Min (KOR)

PERAK: Zhong Junjie (CHN)

GANGSA: Ryota Funo (JPN)

 

Jump

EMAS: Jeong Ji Min (KOR)

PERAK: Ju Seong Min (KOR)

GANGSA: Park Jae Young (KOR)

 

WANITA:

Slalom

EMAS: Aaliyah Yoong Hanifah (MAS)

PERAK: Weeraya Rosendahl (THA)

GANGSA: Harue Kamiya (JPN)

 

Tricks

EMAS: Aaliyah Yoong hanifah (MAS)

PERAK:Jiang Hui (CHN)

GANGSA: Sabelle Kee (SIN)

 

Jump

EMAS: Aaliyah Yoong Hanifah (MAS)

PERAK: Harue Kamiya (JPN)

(Hanya dua peserta Asia dalam kategori tersebut).

 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel