Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MAQIS rampas produk Aquaforest dari Poland


Tarikh kemaskini: 16/08/2019




BUTTERWORTH, 16 Ogos (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang merampas 1,005 kilogram Aquaforest Life Bio Fill (batu) dan Aquaforest Substrate (tanah lava) yang cuba diseludup masuk dari Poland dalam pemeriksaan di Pelabuhan Pengkalan Kontena Butterworth Utara, di sini semalam.

Pengarah MAQIS Pulau Pinang, Zarina Ramli berkata hasil maklumat dan pemeriksaan dijalankan pukul 10.54 pagi semalam mendapati terdapat konsainan kedua-dua produk itu yang cuba dibawa masuk tanpa Import Permit (IP) yang sah daripada pihak MAQIS.

"Kesemua konsainan tersebut bernilai RM8,602.92 dan kebiasaannya ia digunakan sebagai medium yang diletakkan dalam akuarium untuk ikan-ikan hiasan," katanya di sini hari ini.

Menurutnya, pihak MAQIS telah mengeluarkan kompaun setelah mendapat kebenaran Timbalan Pendakwa Raya dan turut memberi peringatan kepada individu yang membawa masuk konsainan tersebut kerana kesalahan mengimport tanpa dokumen yang sah. 

Beliau berkata pihaknya juga akan mempertingkatkan kawalan serta menumpukan perhatian terhadap kes penyeludupan dalam negara ini dan mengekang ketidakpatuhan aktiviti import dan eksport serta memastikan keselamatan makanan terjamin. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel