Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

10,000 pengunjung bakal meriahkan BSKL 2019


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) -- Dianggarkan 10,000 pengunjung bakal memeriahkan Festival Kahwin Kuala Lumpur (BSKL) 2019 bermula hari ini sehingga 18 Ogos depan di Regency Hotel, dekat sini.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Safuan Group Berhad Tan Sri Matshah Safuan berkata festival disertai 54 vendor perkhidmatan perkahwinan itu membolehkan bakal pengantin mencari dan merancang harga serta promosi pakej perkahwinan yang lengkap bawah satu bumbung. 

"Pameran dibuka kepada orang ramai dari 10 pagi hingga 10 malam bertujuan membantu bakal pengantin membuat persiapan dan membuat perbandingan pakej perkahwinan termasuk pakaian pengantin, pelamin, katering dan lain-lain lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas BSKL 2019 dirasmikan Timbalan Ketua Setiausaha (Pelancongan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Haslina Abdul Hamid, hari ini.

Pelbagai aktiviti serta demonstrasi perkahwinan antaranya ukiran inai, pertunjukan fesyen pakaian pengantin, gubahan hantaran dan bunga tangan sebagai pengisian untuk program tiga hari itu.

Di samping itu, Matshah berkata festival itu juga turut menjadi plafrom khususnya kepada peniaga baharu dalam bidang menyedia perkhidmatan perkahwinan untuk mereka meningkatkan pendapatan dan mengembangkan lagi perniagaan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel