Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dr Mahathir harap lapangan terbang tempatan guna pakai inovasi teknologi kreatif


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





SEPANG, 16 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berharap agar semua lapangan terbang di Malaysia dapat mengguna pakai inovasi teknologi kreatif, sejajar dengan Revolusi Perindustrian Keempat (Industri 4.0) untuk meningkatkan keselesaan pelanggan.

Beliau berkata meskipun potensi pertumbuhan adalah besar, ia semuanya bergantung kepada penggunaan pengetahuan. 

"Justeru, perniagaan bukan sahaja perlu melengkapkan diri mereka dengan pengetahuan baharu tetapi mereka juga perlu mengambil risiko untuk mengguna pakai pengetahuan yang baru dipelajari mereka untuk mencipta produk dan perkhidmatan baharu, dan proses baharu bagi meningkatkan produktiviti dan kecekapan,” katanya kepada pemberita bersempena dengan lawatan rasmi beliau ke ibu pejabat AirAsia, RedQ, di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata beliau gembira melihat AirAsia sentiasa menyahut cabaran untuk menyesuaikan diri dan menguasai teknologi baharu dalam usahanya untuk terus berinovasi dan menambah baik prestasi. 

"AirAsia adalah satu kisah kejayaan cemerlang Malaysia, yang berasaskan inovasi. Ia adalah syarikat penerbangan pertama di Asia yang menjual tiket penerbangan dalam talian ketika pemain lain dalam industri masih lagi menggunakan khidmat ejen pelancongan. 

“AirAsia juga merupakan syarikat penerbangan pertama di Asia yang mempunyai aplikasi mudah alih dan terlibat aktif dalam media sosial bersama pelanggannya,” katanya. 

Dr Mahathir berkata ini adalah sejajar dengan Industri 4.0 di mana kesalinghubungan dan automasi yang dipertingkatkan telah membawa kepada penciptaan sistem pintar dan autonomi yang didorong oleh data dan pembelajaran mesin yang lebih efisien dan kurang membazir.  

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel