WgqUdHmbw-4 Lebih 4,000 cawangan francais Malaysia dibuka di 66 negara
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lebih 4,000 cawangan francais Malaysia dibuka di 66 negara


Tarikh kemaskini: 16/08/2019





GEORGE TOWN, 16 Ogos (Bernama) -- Sejumlah 65 jenama francais tempatan telah membuka kira-kira 4,300 cawangan di 66 buah negara, kata Persatuan Francais Malaysia (MFA).

Setiausaha Agung MFA Mohamad Shukri Salleh berkata lebih kurang 50 peratus daripada cawangan francais tersebut menguasai sektor makanan dan minuman (F&B), dengan selebihnya dalam sektor perkhidmatan, peruncitan, pendidikan dan seni.

Beliau berkata MFA mahu mendidik rakyat Malaysia mengenai industri francais domestik bagi menyokong dan mempromosikan jenama francais tempatan, yang sebenarnya adalah lebih baik atau setaraf dengan jenama francais antarabangsa.

"Ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu bahawa francais seperti Manhattan Fish Market dan Marrybrown adalah jenama-jenama tempatan," katanya kepada pemberita semasa di pembukaan Ekspo Francais Kebangsaan 2019 (NFX 2019) di sini hari ini.

Mohamad Shukri berkata rakyat Malaysia perlu mempunyai aspirasi yang tinggi ke atas jenama-jenama tempatan dan membantu mempromosi serta menyokong mereka dalam mengembangkan perniagaan mereka di luar negara.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri Industri Antarabangsa, Pembangunan Keusahawan dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Abdul Halim Hussain.

Ekspo selama tiga hari itu menampilkan 16 francais tempatan termasuk Coolblog, Manhattan Fish Market, Marrybrown, Fuel Shack, Harta Rovers dan Ar-Rahnu X'Change. 

NFX 2019 telah diadakan di Johor Bahru pada bulan Mac dan akan dibuat di Sabah pada November depan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel