Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Perpustakaan Awam Kuala Pilah perkenal 'Little Free Library'


Tarikh kemaskini: 17/08/2019





KUALA PILAH, 17 Ogos (Bernama) -- Perpustakaan Awam Kuala Pilah mengambil inisiatif memperkenalkan 'Little Free Library' (LFL) iaitu satu konsep perkongsian bahan bacaan yang kreatif bagi  memudahkan orang ramai meminjam dan membaca buku yang disediakan.

Timbalan Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan Hamdan Nordin berkata LFL ini ialah sebuah kotak kecil yang boleh dibuka dan ditutup untuk pengambilan pelbagai bahan bacaan di dalamnya.

Katanya LFL mendapat penajaan dan sumbangan kotak kecil berisi buku ini daripada Rotary Club Kuala Lumpur City Center, District 3000.

"Menerusi LFL ini orang ramai boleh mengambil, meminjam buku dan tiada kad keahlian perpustakaan diperlukan. Peminjaman buku juga tidak ditetapkan tarikh pemulangannya dan tiada denda lewat pemulangan dikenakan. Secara tidak langsung menerusi konsep ini kita mendidik masyarakat supaya bersikap jujur.

"Orang ramai juga boleh menyumbang mana-mana buku ke dalamnya untuk tujuan perkongsian. Setakat ini lapan tempat telah ditetapkan untuk LFL ini seperti di perkarangan Masjid Jamek Kuala Pilah, Hospital Tuanku Ampuan Najihah, klinik kesihatan dan sebagainya," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya projek perintis LFL ini mula diperkenalkan di Taman Sri Ulu Bendul dan Taman Rekreasi Ulu Bendul pada Mac lepas dan ia mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Berikutan itu, katanya LFL diperluaskan ke lapan tempat lagi di daerah ini.

Beliau berharap semoga LFL ini berjaya membantu meningkatkan lagi aktiviti membaca dalam kalangan masyarakat Kuala Pilah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel