Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Larian Merdeka Sungai Linggi terap semangat patriotisme, hargai alam sekitar


Tarikh kemaskini: 17/08/2019




SEREMBAN, 17 Ogos (Bernama) -- Larian Merdeka Sungai Linggi Fun Run 2019, yang julung kali dianjurkan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Sembilan, telah menarik minat seramai lebih 400 peserta.

Larian yang bermula pada pukul 8 pagi itu dirasmikan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.

Pengarah JPS negeri Ir Rozman Mohamad ketika ditemui pada program berkenaan berkata ia merupakan satu usaha jabatan itu dalam menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat.

“Selain itu, ia juga bertujuan memupuk masyarakat supaya lebih menghargai sumber alam sekitar,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Larian sejauh lima kilometer itu, merangkumi kawasan kampung dan juga Sungai Linggi.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel