Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki Indonesia ditahan kerana ceroboh kuil di Ipoh


Tarikh kemaskini: 17/08/2019





IPOH, 17 Ogos (Bernama) -- Seorang lelaki warga Indonesia ditahan polis kerana dipercayai menceroboh sebuah kuil di sini, awal pagi ini, kata Timbalan Ketua Polis Perak Datuk Lim Hong Shuan.

Beliau berkata lelaki tersebut ditahan susulan laporan polis dibuat oleh pihak pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman, Kampung Dusun Bertam di sini kira-kira pukul 1.50 pagi tadi selepas 15 patung di rumah ibadat itu dirosakkan.

Katanya bertindak atas maklumat orang ramai,  lelaki itu berjaya ditahan pada pukul 4.15 pagi oleh sepasukan polis dengan kerjasama orang awam di kawasan sekitar. 

"Polis turut merampas sebatang sepana yang dipercayai digunakan oleh suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 295, Seksyen 427 dan Seksyen 448 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/1963.

Lim turut menasihati semua  pihak supaya supaya tidak membuat sebarang kenyataan atau spekulasi tidak bertanggungjawab yang boleh menjejaskan siasatan polis.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel