Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis sambung rakam percakapan Dr Zakir Naik Isnin ini


Tarikh kemaskini: 17/08/2019





KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menyambung semula prosedur merakam percakapan penceramah bebas Dr Zakir Naik pada Isnin ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata ia susulan permohonan penangguhan prosedur berkenaan oleh individu tersebut yang dibuat semalam kerana mahu berbuka puasa.

“Dr Zakir meminta prosedur rakaman percakapannya yang dibuat semalam supaya ditangguhkan kerana ingin berbuka puasa.

“Beliau bagaimanapun akan kembali hadir memberi keterangan Isnin ini pada 3 petang,” menurutnya menerusi satu kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Semalam, Dr Zakir Naik memberi keterangan polis di Ibu Pejabat PDRM, Bukit Aman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana menghina dan menggugat ketenteraman awam.

Penceramah bebas tersebut hadir di Bukit Aman selepas solat Jumaat dilihat meninggalkan ibu pejabat polis itu pada 8.15 malam tanpa memberikan sebarang kenyataan kepada media.

Dalam pada itu, polis turut memaklumkan akan memanggil ahli perniagaan Tan Sri Khoo Yew Yin juga pada Isnin ini sementara Pengerusi Persatuan Dong Zong, Tan Tai Kim dalam masa terdekat untuk diambil keterangan.

Masing-masing dipanggil berhubung kenyataan dikeluarkan yang menghina Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan satu lagi kenyataan mendakwa langkah kerajaan memperkenalkan tulisan jawi di sekolah sebagai satu bentuk 'Islamisasi'.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel