Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Aaliyah sasar catat rekod peribadi baharu pada final esok


Tarikh kemaskini: 17/08/2019





PUTRAJAYA, 17 Ogos (Bernama) -- Ratu ski negara Aaliyah Yoong Hanifah yang akan tampil dalam final acara tricks esok pada Kejohanan Ski Air Dunia IWWF 2019 menyasarkan untuk memperagakan aksi terbaik dan mencipta rekod peribadi terbaik yang baharu,

Peluncur berusia 16 tahun itu yang baru sahaja mencipta rekod baru Asia untuk tricks selepas mengumpul 7,320 semalam, berkata terdapat peluang tipis untuk menduduki podium namun tumpuannya lebih kepada mata yang diperolehnya.

"Selalunya ada peluang (untuk menang) dalam ski air kerana dalam mana-mana sukan, apa-apa boleh berlaku.

"Saya berhasrat untuk melakukan yang terbaik dan mungkin memperbaharui rekod saya dengan mendapat skor yang lebih baik atau memadam catatan peribadi saya. Jika saya menduduki podium, ia akan menjadi mata bonus.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai keadaan susulan kecederaan pada telinganya, Aaliyah berkata beliau berada dalam keadaan baik tetapi akan menjalani pemeriksaan selepas kejohanan berakhir.

"Saya mungkin membuat temujanji dengan doktor lain untuk memeriksa keadaan keseluruhan tetapi saya dalam keadaan baik kerana tidak ada kesakitan atau hilang pendengaran," katanya.

Antara atlet dunia yang akan bersaing dengannya pada final esok di Kompleks Sukan Air di Putrajaya ialah Neilly Ross (Kanada), Anna Gay (Amerika Syarikat) dan Jacinta Caroll (Australia).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel