Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

"enam bulan sahaja, peluang kepada Lynas untuk perbaiki dan penuhi syarat" - Teresa Kok


Tarikh kemaskini: 17/08/2019





PUTRAJAYA, 17 Ogos (Bernama) -- Timbalan Setiausaha Agung DAP, Teresa Kok berkata, lesen operasi Lynas Malaysia iaitu kilang bahan nadir di Gebeng, Kuantan dilanjutkan enam bulan lagi dengan syarat.

“Bukankah itu sudah cukup untuk memberitahu anda bahawa kami memberi peluang kepada Lynas untuk memperbaiki dan memenuhi syarat,” katanya.

Kok, yang juga Menteri Perindustrian Utama, adalah seorang daripada 13 menteri yang sebelum ini menandantangani satu ikrar pada 2012 untuk menutup kilang penapisan Lynas ketika mereka adalah di pihak pembangkang.

Beliau ditemui selepas majlis penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan "Love MY Palm Oil 90 Short Film" di sini, hari ini.

Lembaga Perlesenan Tenaga Atomik (AELB), pada Khamis, mengumumkan bahawa kerajaan melanjutkan lesen operasi kepada kilang memproses bahan nadir itu yang dimiliki oleh syarikat pelombong dari Australia, Lynas Corp untuk enam bulan lagi.

Lesen operasi Lynas terdahulu ini dilanjutkan untuk tiga tahun dari 2016 hingga 2 Sept tahun ini. Bagaimanapun, dengan pembaharuan lesennya itu, Lynas perlu mematuhi beberapa syarat yang dikenakan ke atasnya.

Antaranya, mengalihkan proses keretakan dan larut resap yang kini dikendalikan di kilangnya di Gebebng di sini ke negara lain dan pembinaan satu kemudahan pelupusan kekal.

Lynas hendaklah juga menamatkan semua aktiviti penyelidikan dan pembangunan berhubung dengan penggunaan sisa radioaktif WLF sebagai tanah kondi di tanah pertanian.

Ditanya gesaan penasihat DAP, Lim Kit Siang kepada pimpinan parti itu supaya berhenti berbalah dengan pemimpin Pakatan Harapan lain, atau berhadapan risiko perpecahan dalam gabungan itu, Kok berkata gesaan itu jangan disalah tafsir.

"Beliau tidak bercakap secara begitu sebenarnya, beliau hanya berkata perpaduan dan keharmonian adalah penting”, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel