Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MCMCkeluarkan 107 kompaun berjumlah RM3.83 juta kepada telcos


Tarikh kemaskini: 17/08/2019





CYBERJAYA, 17 Ogos (Bernama) -- Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengeluarkan 107 kompaun berjumlah RM3.83 juta kepada syarikat telekomunikasi (telcos) setakat 31 Julai 2019.

MCMC dalam kenyataan hari ini berkata kompaun itu melibatkan pelbagai kesalahan seperti gagal mematuhi Standard Mandatori dan Kod Pengguna Am dan  Garis Panduan Pendaftaran Pengguna Akhir untuk Perkhidmatan Selular Am Prabayar.

"Jumlah kompaun yang dikeluarkan adalah 20.4 peratus lebih tinggi daripada jumlah nilai keseluruhan kompaun yang dikeluarkan kepada telcos sepanjang tahun 2018, iaitu RM3.18 juta,” jelas kenyataan itu.

Setakat 31 Mac lepas, kata MCMC,  63 kompaun bernilai RM2.32 juta dikeluarkan, manakala  44 kompaun bernilai RM1.51 juta dikeluarkan antara April dan 31 Julai, 2019. 

Daripada 44 kompaun itu, kata kenyataan itu, YTL Communications Sdn Bhd menerima jumlah kompaun tertinggi iaitu 15 kompaun bernilai RM750,000, diikuti Symphonet Sdn Bhd (15 kompaun bernilai RM150,000) dan Maxis Broadband Sdn Bhd (enam kompaun bernilai RM250,000).

MCMC berkata Digi Telecommunications Sdn Bhd dan Enabling Asia Tech Sdn Bhd dikenakan dua kompaun berjumlah RM200,000, manakala Celcom Axiata Berhad, Tune Talk Sdn Bhd, Telekom Malaysia Berhad dan U Mobile Sdn Bhd masing-masing-masing  satu kompaun dengan jumlah nilai RM160,000.

"Tindakan MCMC dalam mengeluarkan kompaun kerana ketidakpatuhan terhadap telcos menunjukkan komitmen dan keseriusan suruhanjaya itu dalam menangani isu berkaitan kepentingan pengguna.

"Ia juga adalah usaha berterusan MCMC dalam memastikan telcos melaksanakan sistem penyampaian pelanggan yang cemerlang dan berkualiti, di samping melindungi serta memperkukuhkan hak pengguna,” kata MCMC.

MCMC turut mengingatkan telco supaya sentiasa mematuhi syarat pelesanan, Kod Pengguna Am dan  instrumen undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel