YX7BF7UkT2c Himpunan 21,000 keping gambar berjaya cipta kolaj terbesar dalam negara
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Himpunan 21,000 keping gambar berjaya cipta kolaj terbesar dalam negara


Tarikh kemaskini: 17/08/2019





LUMUT, 17 Ogos (Bernama) -- Selepas empat jam 'melayan' terik matahari di pesisir pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor di sini untuk menyusun 21,000 ribu keping gambar kenangan bersama Jalur Gemilang, akhirnya usaha itu berjaya melakar nama dalam Malaysia Book of Record (MBOR). 

Usaha 123 Sukarelawan Yayasan Dana Kebajikan Muslim Malaysia (YDKM) itu menyusun kepingan gambar tersebut seawal 8 pagi di atas Jalur Gemilang berukuran 27.3 meter lebar dan 12.2 meter panjang diiktiraf sebagai kolaj gambar terbesar di Malaysia. 

Pengarah Program, Izzatul Athirah An-Nur Mohd Hizul Azri berkata kesemua gambar tersebut merupakan kenangan yang dirakam sukarelawan YDKM bersama Jalur Gemilang ketika melalukan program serta misi bantuan di dalam dan luar negara sepanjang tahun ini.

Menurut Izzatul Athirah An-nur, 21, kesemua sukarelawan yang majoritinya penuntut universiti dari seluruh negara berumur 18 hingga 30 tahun berada di Pulau Pangkor sempena Program Perkhemahan Belia Kebangsaan 2019 selama tiga hari mulai semalam. 

“Kita mengambil masa tiga bulan untuk mengumpul gambar daripada semua sukarelawan di seluruh negara yang dirakam bersama Jalur Gemilang termasuk ketika Program Bersamamu di Mesir, misi pendidikan dan kemasyarakatan di Afrika Tengah dan Jepun.

“Semua ini kita lakukan bagi menjayakan bulan sukarelawan dan paling penting sempena dengan bulan kebangsaan,” katanya dalam sidang media selepas penyerahan sijil MBOR di sini hari ini.

Sijil MBOR disampaikan oleh Pegawai Penyelidik MBOR, Nurul Fatihah Mahmood kepada Izzatul Athirah An-Nur. 

Berkongsi cabaran dihadapi untuk layak mendapat pengiktirafan MBOR, Izzatul Athirah An-nur berkata antara kesukaran adalah untuk melekatkan semua gambar di atas Jalur Gemilang kerana angin yang bertiup di pesisir pantai walaupun menggunakan gam. 

“Alhamdulillah ia berjaya disiapkan hasil kerjasama semua sukarelawan projek ini,” katanya.

Sebelum ini, kolaj Jalur Gemilang terbesar yang diiktiraf oleh MBOR berukuran 22 meter lebar dan 10 meter panjang dihasilkan sebuah syarikat penanam teh terbesar di Malaysia bersama sebuah stesen televisyen swasta.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel