Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita Thailand ditahan sedang mengurut berbogel


Tarikh kemaskini: 17/08/2019





GEORGE TOWN, 17 Ogos (Bernama) -- Tukang urut wanita warga Thailand yang sedang leka mengurut pelanggan lelaki dalam keadaan berbogel, di sebuah pusat urut di Lebuh Macallum, di sini semalam, terkejut selepas premis itu diserbu penguat kuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang.

Dalam operasi kira-kira pukul 10.20 malam itu, tukang urut dan pelanggan berkenaan tidak sempat menyarungkan pakaian, kerana tidak menyedari premis tersebut diserbu pihak berkuasa.

Pengarah Imigresen Pulau Pinang Muhamad Husni Mahmud berkata wanita berusia 30 tahun itu ditahan, bersama dua lagi rakan senegaranya berumur 20-an yang bekerja di pusat urut berkenaan.

"Tiga wanita warga Thailand itu ditahan, kerana melakukan kesalahan melanggar syarat pas lawatan sosial dan berkerja tanpa permit yang sah, manakala dua pelanggan lelaki serta pemilik premis itu diarahkan hadir ke pejabat imigresen untuk siasatan lanjut," katanya, di sini hari ini.

Sementara itu katanya, dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Lebuh Sungai Pinang, di sini, tujuh wanita warga Vietnam dan Thailand ditahan kerana bekerja sebagai pelayan pelanggan di premis berkenaan tanpa permit kerja yang sah.

Beliau berkata pemeriksaan juga mendapati wanita terbabit yang berusia 20 hingga 30 tahun itu, telah menyalah gunakan pas lawatan sosial, dan mereka ditahan untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Muhamad Husni berkata menerusi operasi di beberapa buah restoran, pihaknya berjaya menahan dua lelaki warga India dan seorang lelaki warga Thailand, kerana pelbagai kesalahan mengikut Akta Imigresen.

"Selain itu, dalam operasi di tapak pelupusan sampah di Hilir Sungai Kluang, seramai lima lelaki warga Bangladesh yang bekerja di situ ditahan," katanya.

Menurutnya, semua mereka berusia 20 hingga 50 tahun itu dibawa ke Depoh Imigresen di Juru bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel