Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tudung 'Jalur Gemilang' laris sempena Bulan Kebangsaan


Tarikh kemaskini: 18/08/2019




PENDANG, 18 Ogos (Bernama) — Sebuah gerai menjual tudung, di sini diserbu orang ramai yang ingin mendapatkan tudung bertemakan Jalur Gemilang untuk digayakan dalam Bulan Kebangsaan ini.

Pemilik gerai, Hamidah Husin, 48, berkata  dalam tempoh dua hari sahaja sejak Jumaat, sebanyak 240 helai tudang  telah dijual kepada pelanggannya dan jualan dijangka terus meningkat sehingga 16 Sept depan.

“Tudung jenis bawal bertemakan Jalur Gemilang laris macam ‘goreng pisang panas’, semalam saya dapat jual 140 helai dan hari ini selepas dibuka pada pukul 9 pagi tadi, sebanyak 100 helai lagi habis dijual.

“Ramai yang datang beli adalah guru dan pelajar sekolah, paling banyak seorang pelanggan membeli lima helai sebab mereka mahu pakai masa majlis sambutan Hari Kebangsaan peringkat sekolah,” katanya ketika ditemui Bernama di gerainya di Pekan Sehari Pendang, di sini.

Katanya, walaupun mendapat permintaan yang amat tinggi beliau hanya menjual tudung tersebut pada harga RM10 sehelai dan berharap lebih banyak dapat dijual kepada pelanggannya.

“Tudung Jalur Gemilang ini mempunyai corak menarik apabila bulan sabit dan bintang dicetak besar di helaian kain dan menjadi trend pada bulan kebangsaan ini,” katanya.

Sementara itu, seorang pembeli tudung itu, Siti Zawiyah Ahmad, 35, berkata beliau memilih untuk menggayakan tudung itu bagi menzahirkam rasa cintakan negara pada Bulan Kebangsaan ini.

Beliau yang bertugas sebagai guru di sebuah sekolah di Seremban berkata, pemakaian tudung Jalur Gemilang itu juga diharap dapat menaikkan semangat para pelajarnya apabila dipakai di sekolah nanti.

“Ramai guru wanita di sekolah saya sudah memakai tudung ini di sekolah dan saya juga tidak mahu ketinggalan dan harap dapat pakai sehingga 16 Sept nanti,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel