Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bacaan IPU di Sri Aman kekal 'sangat tidak sihat'


Tarikh kemaskini: 18/08/2019





KUCHING, 18 Ogos (Bernama) -- Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman masih berada dalam kategori sangat tidak sihat setakat 9 pagi ini.

Menurut data dikeluarkan Jabatan Alam Sekitar (JAS), IPU di Sri Aman naik kepada bacaan 252 pagi ini daripada 245 yang dicatat pada 4 petang semalam.

Bagaimanapun, IPU di Stesen Pengawasan Udara Automatik di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri menurun kepada kategori tidak sihat dengan bacaan 158 pagi ini berbanding 221 petang semalam dengan kategori sangat tidak sihat.

Bacaan IPU di Sekolah Kebangsaan (SK) Baram turut menunjukkan penurunan daripada 119 pada 4 petang semalam kepada 78 pagi ini yang dikategorikan sebagai sederhana.

Sementara itu, Sarawak mencatatkan satu titik panas setakat 9 pagi ini.

Bacaan IPU 0-50 menunjukkan kualiti udara sihat; 51-100, sederhana; 101-200, tidak sihat; 201-300, sangat tidak sihat dan melebihi 300, berbahaya.

Orang awam boleh merujuk laman web JAS di alamat http://apims.doe.gov.my/v2/ atau dengan memuat turun aplikasi telefon pintar, MyIPU di ‘Google Play’ bagi mendapatkan bacaan IPU terkini pada setiap jam.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel