Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Profesionalisme pakar patologi negara diyakini


Tarikh kemaskini: 18/08/2019





IPOH, 18 Ogos (Bernama) -- Kerajaan sentiasa yakin dengan profesionalisme pakar patologi di negara ini dalam mengendalikan sebarang kes, kata Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye. 

Beliau berkata sekiranya terdapat mana-mana pihak yang ingin bedah siasat ke atas sesuatu mayat dijalankan buat kali kedua itu adalah hak mereka. 

"Itu hak mereka. Kita yakin dengan profesionalisme pakar patologi di tanah air. Its not shakes our confidence to our pathologist," katanya kepada pemberita selepas melawat Kuil Sri Maha Mariamman di sini, hari ini. 

Dr Lee mengulas  laporan portal berita antarabangsa bahawa ibu bapa remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15,  yang ditemui meninggal Selasa lalu selepas hilang dari resort penginapan di Pantai, Seremban mungkin meminta bedah siasat kedua dilakukan terhadap mayat anak mereka itu.

Menurut laporan Daily Mirror, Maebh Jaseprine Quoirin, 45 dan Sebastian Marie Philipe, 47, sedang membincangkan perkara itu bagi memastikan ahli patologi tidak terlepas sebarang bukti yang boleh dikaitkan dengan kematian Nora Anne.

Daily Mirror menyebut ibu bapa Nora mungkin meminta bedah siasat diadakan di Britain atau Perancis. 

Bedah siasat ke atas Nora Anne pada 14 Ogos lalu dikendalikan oleh pakar Patologi dari Hospital Kuala Lumpur, Dr Siew Sheue Feng bersama Dr Hanif Mohammad dari Hospital Tuanku Jaafar. 

Hasil bedah siasat mengesahkan remaja itu meninggal dunia disebabkan kebocoran pada usus mungkin akibat kelaparan dan stres.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     

Yuran Kelab Berkuda, Rekreasi Rakyat Parlimen Shah Alam hanya RM50

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel