Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kenaikkan elaun latihan amali tidak jejas pengambilan - Mahfuz


Tarikh kemaskini: 18/08/2019





ALOR SETAR, 18 Ogos (Bernama) -- Kenaikkan kadar elaun pelatih dari RM300 kepada RM900 tidak akan menjejaskan jumlah pengambilan pelajar untuk menjalani latihan amali di kementerian, jabatan dan agensi-agensi kerajaan. 

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata kenaikkan elaun tersebut menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap generasi muda yang baharu hendak memasuki dunia pekerjaan yang sebenar.

“Mereka (pelajar) ini perlu diberi peluang untuk membina pengalaman baharu selepas tamat pengajian dan kerajaan prihatin dengan keperluan hidup mereka. Sebab itu elaun dinaikkan, kalau kekal RM300, apa yang mereka boleh belanja terutama yang tinggal di bandar-bandar besar.

“Sekurang-kurangnya RM900 ini boleh tampung keperluan mereka dan saya tidak fikir kenaikkan ini akan menjejaskan apa-apa terutamanya dalam sektor kerajaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada jumlah pengambilan pelajar akan berkurangan akibat kenaikan elaun tersebut yang diumumkan kerajaan baru-baru ini.

Khamis lalu, Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi laman Twitternya memaklumkan bahawa kerajaan bersetuju menaikkan elaun pelatih yang menjalani latihan amali di kementerian, jabatan dan agensi kerajaan daripada RM1.60 sejam ke RM5 sejam berkuatkuasa 1 Sept.

Sementara itu, Mahfuz juga berharap syarikat-syarikat swasta dapat berkongsi pendapatan dan keuntungan yang diperolehi dengan memberi peluang kepada para pelajar universiti untuk menjalankan latihan amali di syarikat mereka.

“Buat masa ini perlaksanaan kenaikkan elaun ini hanya di peringkat kerajaan, jadi pembayaran elaun di syarikat swasta adalah terpulang kepada mereka. Tapi kita harap pihak swasta juga dapat beri peluang kepada pelajar-pelajar ini.

“Pelajar juga jangan memilih. Siapa tahu bila mereka tunjuk kemahiran dan kepakaran masa latihan amali, pihak syarikat minat untuk serap bekerja dan akan diberi kedudukan dan gaji yang sesuai selepas itu dan apa yang penting masuk dahulu dalam pasaran kerja,” katanya.

Terdahulu, Mahfuz yang juga Anggota Parlimen Pokok Sena menyampaikan sumbangan untuk membaiki rumah kepada 45 penerima di sini yang terjejas akibat ribut pada 9 Ogos lalu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel