Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wanita warga emas cedera akibat letupan di rumah


Tarikh kemaskini: 18/08/2019





GEORGE TOWN, 18 Ogos (Bernama) -- Seorang wanita warga emas mengalami beberapa kecederaan pada anggota badan selepas berlaku letupan di dalam rumahnya di Tingkat 20 Pangsapuri Desa Green, Jalan Paya Terubong di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.16 pagi itu, wanita berusia lingkungan 60-an berkenaan mengalami kecederaan kira-kira 15 peratus pada anggota badannya.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan memaklumkan berlaku letupan di rumah itu dan terus bergegas ke lokasi kejadian.

"Ketika tiba di rumah tersebut, kami mendapati sebahagian dinding kediaman di bahagian bilik telah runtuh dan semasa kejadian terdapat seorang penghuni iaitu wanita berkenaan," katanya, di sini hari ini.

Menurutnya, kesan daripada letupan itu turut menyebabkan keretakan pada dinding rumah sebelah, namun setakat ini punca letupan masih belum dikenal pasti.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang berkata setakat ini pihak polis masih belum menerima laporan mengenai kejadian berkenaan.

 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel