Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Amanah Sarawak hadapi tugas berat ubah persepsi ‘Parti Semenanjung’


Tarikh kemaskini: 18/08/2019





KUCHING, 18 Ogos (Bernama) — Parti Amanah Negara (Amanah) Sarawak mengakui menghadapi tugasan berat untuk mengubah persepsi masyarakat di sini bahawa ianya merupakan ‘Parti Semenanjung’.

Presidennya, Mohamad Sabu berkata dalam menghadapi mana-mana pilihan raya, pertamanya ialah jentera dan kedua membentuk persepsi masyarakat apabila menjelang pilihan raya, dan itu yang perlu dibina partinya.

“Misalnya Pilihan Raya Umum (PRU) 2018, di Parlimen Kota Raja majoriti sehingga 71,000, itu bukan kerana calon ataupun jentera yang hebat tetapi persepsi masyarakat berjaya diubah untuk menolak lawan kita.

“Persepsi perlu diubah supaya ia memihak kepada kita,” katanya yang juga Menteri Pertahanan Malaysia itu semasa menyampaikan ucapan pada Konvensyen Biro Pilihan Raya Amanah Sarawak di sini hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Wira Dr Mohd Hatta Ramli dan

Pengerusi Amanah Negara Sarawak Mohamad Fidzuan Zaidi.

Mengulas lanjut, beliau berkata persepsi yang terdapat di sini ialah Amanah parti Semenanjung. 

“Selagi kita tidak dapat pecahkan minda ini, rakyat Sarawak pasti akan kurang memberi undi kepada parti Amanah.

“Tugas besar buat kita untuk memecahkan persepsi itu, bahawa kita sebenarnya ialah parti nasional yang mewakili semua di peringkat nasional dan negeri.

Katanya, DAP agak berjaya di Sarawak kerana mereka ‘dianggap’ bukan parti Semenanjung dan memperoleh kemenangan yang agak besar pada PRU yang lepas.

— BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel