Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis cari waris pejalan kaki maut dilanggar di Rengit


Tarikh kemaskini: 18/08/2019





BATU PAHAT, 18 Ogos (Bernama) -- Pihak polis meminta waris kepada seorang mangsa kemalangan maut, yang berlaku di Jalan Rejo Sari, Rengit, di sini, malam tadi untuk tampil membuat pengecaman terhadap mangsa.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Azhan Abdul Halim berkata kemalangan yang berlaku pada pukul 8.30 malam itu membabitkan seorang lelaki berusia lingkungan 50-an.

Semasa kemalangan berkenaan, mangsa dikatakan sedang melintas jalan sebelum dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dan kemudiannya disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Secara tiba-tiba, sebuah MPV yang dalam perjalananan dari arah Senggarang ke Rengit yang tidak menyedari kehadiran mangsa tidak sempat membrek kenderaannya lalu melanggar mangsa. 

"Mangsa yang tidak mempunyai sebarang pengenalan diri itu maut serta-merta di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan anggota badan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Jelasnya, pemandu MPV tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan dan mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Perubatan Forensik Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat untuk proses selanjutnya. 

“Kemalangan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kami meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga untuk berhubung dengan pegawai penyiasat kemalangan ini iaitu Inspektor Tong Siew Fen di talian 010-2090396,” katanya.

 -- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel