Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan negeri diminta ambil tindakan pulihkan air daripada pencemaran


Tarikh kemaskini: 18/08/2019





JOHOR BAHRU, 18 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri diminta mengambil tindakan-tindakan yang perlu bagi memulihkan air di negeri ini dari segi pencemaran.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah agar pengurusan air dibuat dengan lebih baik selain mendidik rakyat mengenai kesedaran terhadap penggunaan air.

Menerusi satu catatan di laman Facebook rasmi baginda, Tunku Ismail turut bertitah yang baginda memandang serius berkenaan isu pencemaran dan penyalahgunaan air di Johor.

Terdahulu, Tunku Ismail, yang juga Pemangku Raja Johor, berkenan berangkat ke Taklimat Pengurusan Air Negeri Johor di Bangunan Dato Jaafar Muhammad, Iskandar Puteri, pada hari ini.

Beberapa keping gambar yang menunjukkan taklimat sedang berlangsung, turut dikongsikan baginda dalam laman sosial.

Kelihatan hadir pada menghadiri taklimat berkenaan ialah Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani dan beberapa barisan Exco.

-- BERNAMA  

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel