Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

STAN, Malindo Air jalin kerjasama anjur Festival Makanan, Pertanian Sandakan


Tarikh kemaskini: 18/08/2019





SANDAKAN, 18 Ogos (Bernama) -- Persatuan Pelancongan Sandakan (STAN) menjalin kerjasama dengan Malindo Air dalam menganjurkan Festival Makanan dan Pertanian Sandakan kedua, bulan depan.

Presiden STAN Teo Chee Kim berkata Malindo Air akan menjalankan promosi festival tiga hari itu yang bermula 13 Sept ini di Bandar Kim Fung di sini melalui platform media sosial syarikat penerbangan berkenaan.

"Malindo Air juga menyediakan tiga pasang tiket penerbangan pergi balik dari Sandakan ke Kota Kinabalu dalam cabutan bertuah semasa festival," katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraian memorandum persefahaman antara STAN dan Malindo Air berhubung kerjasama berkenaan di sini hari ini.

Teo berkata festival berkenaan merupakan usaha untuk mempromosikan dan mempamerkan kepelbagaian Sandakan, dengan pelbagai jenis makanan dari masyarakat yang berbilang di sini serta bermacam hasil pertaniannya.

Pengurus Jualan Wilayah Malindo Air Morgan Narayanasamy berkata syarikat penerbangan kini mengendalikan penerbangan bagi laluan Kota Kinabalu-Sandakan empat kali seminggu bermula hari ini, yang akan memacu ketibaan pelancong di Sandakan.

Laluan penerbangan baharu itu yang akan memberi manfaat kepada festival berkenaan juga dijangka meningkatkan promosi kempen Tahun Melawat Malaysia, katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong berharap penerbangan ke Sandakan oleh Malindo Air, akan dapat membantu Lapangan Terbang Sandakan mencatatkan pertumbuhan positif.

"Apa yang penting ialah untuk mencapai pertumbuhan yang dapat meletakkan Sandakan di peta dunia," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel