Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hujan lebat bantu padam kebakaran hutan, belukar tanah gambut di Sarawak


Tarikh kemaskini: 18/08/2019





KUCHING, 18 Ogos, (Bernama) -- Hujan lebat semalam dan hari ini telah membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memadamkan kebakaran hutan, belukar dan tanah gambut di negeri ini.

Menurut JBPM Sarawak, operasi memadamkan kebakaran di Kampung Sedi, Pulau Bruit, Tanjung Manis yang masuk hari ke-11, telah ditamatkan jam 10.15 pagi tadi selepas hujan lebat melanda kawasan itu.

Operasi memadamkan kebakaran di Jalan Marudi-Miri juga yang masuk hari ke-11, hanya melibatkan pemantauan.

“Hanya terdapat sedikit tompokan asap sahaja (di kebakaran terbabit di Jalan Marudi–Miri) kerana hujan semalam,” menurut JBPM Sarawak dalam satu kenyataan.

Selain itu, operasi memadamkan kebakaran di kawasan seluas 26.7 hektar (66 ekar) di Kampung Tuie, Serabang, Betong, telah ditamatkan jam 2. 45 petang ini dan pemantauan akan dijalankan bagi kawasan terbabit dari semasa ke semasa.

Sementara itu, bagi operasi memadam kebakaran itu di Taman Harmoni, Sri Aman yang masuk hari ke sembilan disambung jam 8.30 pagi tadi dan JBPM berjaya memadamkan 3.2 hektar ( lapan ekar) dan masih berbaki 2.8 hektar (tujuh ekar) belum dipadamkan.

“ (Kebakaran itu di ) Lot 4041, 4042 dan 3709 di Kuala Baram masuk hari ke-18. Operasi disambung jam 9 pagi tadi dengan keluasan berjaya dipadamkan setakat ini ialah 248.8 hektar (615 ekar),” jelas JBPM.

Keseluruhannya 525 kes kebakaran hutan, belukar dan tanah gambut dilaporkan di negeri ini sejak 1 Ogos sehingga hari ini dengan tiada kes penambahan kebakaran itu hari ini.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel