Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

CPPC: Sarawak jual pes durian terus ke China mulai November


Tarikh kemaskini: 18/08/2019





SERIAN, 18 Ogos (Bernama) -- Pusat pengumpulan, pemprosesan dan pembungkusan (CPPC) produk pertanian di Tarat, di sini akan membolehkan Sarawak mengeksport pes durian secara terus ke China sebaik sahaja mula beroperasi pada November ini, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah.

Uggah yang juga Menteri Pemodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Sarawak berkata kerajaan negeri menyasar untuk menjual 200 tan metrik pes durian ke China pada masa itu ketika kemuncak musim durian.

“Pekebun durian di bahagian (Serian) boleh menjual buah dari kebun mereka yang berlebihan di pusat berkenaan,” katanya semasa melawat CPPC Tarat di sini hari ini bagi meninjau perkembangan kerja-kerja menaik taraf pusat tersebut.

Beliau berkata penting bagi pusat berkenaan dilengkapi kemudahan pemprosesan bertaraf antarabangsa dan pensijilan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP) bagi membolehkan negeri itu mengeksport pes durian terus ke China.

Setakat ini bagi tahun ini, Sarawak menjual 100 tan metrik produk berkenaan ke China dan permintaan dari sana sentiasa meningkat, katanya.

Pengarah Jabatan Pertanian Sarawak Dr Alvin Chai dan timbalannya Ngap Dollah mengiringi Uggah semasa lawatan itu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel