Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Talian Helpline Biro Guaman bantu golongan wanita di Johor


Tarikh kemaskini: 18/08/2019





JOHOR BAHRU, 18 Ogos (Bernama) -- Kerajaan negeri telah mewujudkan talian Helpline Biro Guaman bagi membantu golongan wanita yang memerlukan khidmat kaunseling.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Liow Cai Tung berkata inisiatif di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Darul Takzim (YPKDT) itu menyasarkan golongan wanita yang kurang berkemampuan, ibu tunggal, orang kelainan upaya dan warga emas.

Katanya, dengan kerjasama biro guaman, khidmat kaunseling yang akan diberikan adalah percuma dan talian aktif 1300 807 000 boleh dihubungi setiap hari bermula 8 pagi sehingga 5 petang.

“Talian ini adalah saluran bagi mereka yang memerlukan bantuan kaunseling dan informasi terutama mereka yang berada dalam ambang penceraian.

“Mereka akan dirujuk kepada YPKDT terlebih dahulu sebelum dibawa kepada jabatan yang bersesuaian, bergantung kepada masalah yang mereka hadapi,” katanya selepas merasmikan Program Jejak Golongan Sasar YPKDT dan Road Show Mesra, Aktiviti, Riadah dan Informatif (MARI) 2019, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif YPKDT Mohd Helmi Sha’ri.

Sementara itu, Mohd Helmi berkata YPKDT lebih berperanan dalam memberi kaunseling kerana ia boleh diguna pakai di dalam mahkamah.

“Justeru itu, mereka yang memerlukan khidmat kaunseling boleh berjumpa dengan kami dahulu sebelum ia dirujuk kepada Jabatan Agama Islam dan sebagainya,” katanya.

Tambah Mohd Helmi, pihaknya juga kini dalam perancangan untuk mendapatkan peruntukan daripada kerajaan negeri bagi membantu golongan bukan Islam di bawah khidmat berkenaan (kaunseling).

 Program Jejak Golongan Sasar YPKDT dan Roadshow MARI yang diadakan di kesemua daerah bagi sepanjang tahun ini, merupakan platform yang membantu golongan wanita dan sasar bagi memasarkan produk  mereka.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel