Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PH Sarawak mahu HDC atasi masalah perparitan


Tarikh kemaskini: 18/08/2019





KUCHING, 18 Ogos (Bernama) -- Pakatan Harapan (PH) Sarawak mahu Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) agar mengambil tindakan segera berhubung aduan sistem perparitan oleh penduduk di Taman Sri Cahaya Tondong, Batu Kawa, di sini, susulan dua kes denggi dicatatkan di kawasan itu.

Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata saliran yang tersumbat di kawasan itu telah menyebabkan dua kes denggi pada tahun ini.

“Selepas kes ini dilaporkan (baru-baru ini) kemudian baru majlis perbandaran membuat fogging. Sebelum ini penduduk di situ banyak membuat aduan berhubung keadaan kawasan perumahan mereka kepada HDC, kebanyakannya tentang masalah sistem perparitan yang tersumbat dan kotor,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan gotong-royong di Taman Sri Cahaya Tondong di sini, hari ini.

Beliau berkata berikutan masalah perparitan yang tersumbat,  satu kes denggi dilaporkan di kawasan perumahan itu pada Jun dan kes kedua sebulan kemudian.

HDC di bawah bidang kuasa Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak bertanggungjawab membina rumah untuk penduduk tempatan, termasuk program perumahan kos rendah.

Chong, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata sehingga sekarang, HDC tidak mengambil tindakan untuk membersihkan longkang yang tersumbat dan penduduk di situ terpaksa menganjurkan gotong-royong untuk membersihkan sistem perparitan hari ini.

Penduduk di sini juga sebelum ini tertekan dengan masalah bau busuk disebabkan tangki septik yang pecah selama 12 tahun, dan selepas kerajaan persekutuan bertukar pada 2018 dan kami memberi tekanan, akhirnya HDC mengambil tindakan untuk membaiki tangki septik di tengah-tengah kawasan perumahan ini,” katanya.

Projek perumahan kos rendah di bawah HDC itu mula dihuni pada 2002 yang mempunyai 11 blok flat dan 660 unit rumah.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel