Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sembilan individu ditahan cuba menyusup masuk ke perairan Semporna


Tarikh kemaskini: 19/08/2019





SEMPORNA, 19 Ogos (Bernama) -- Pasukan Polis Marin (PPM) menahan sembilan individu dari Sitangkai, Filipina, yang cuba menyusup masuk secara haram ke negara ini melalui perairan Pulau Sisipan dekat sini, semalam.

Komander PPM Wilayah 4 Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata bertindak atas maklumat Unit Risikan Marin (URM), sebuah perahu dikendalikan seorang lelaki Pala'u yang membawa lapan penumpang terdiri daripada enam lelaki dan dua wanita, kesemuanya warga Filipina, ditahan pada 7 pagi.

"Kesemua mereka yang ditahan berumur antara 65 tahun hingga 16 tahun. Siasatan awal mendapati lapan penumpang yang pertama kali masuk ke negara ini mengaku membayar wang 3,000 Peso (RM70) setiap seorang kepada juragan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohamad Pajeri berkata pihaknya turut merampas perahu, enjin pam serta beberapa barangan peribadi mereka termasuk wang tunai Peso 1,570 (RM207.20).

"Rampasan dan tangkapan dibuat mengikut Seksyen 26A Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 kerana menjalankan kegiatan penyeludupan migran dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak lebih 15 tahun atau denda atau kedua-duanya," katanya.

Beliau berkata  PPM komited membanteras kegiatan penyeludupan manusia di perairan Sabah, di samping melaksanakan tugasan harian menjaga keselamatan masyarakat maritim serta penguatkuasaan undang-undang lain.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     

Kematian pesakit Zika di Perak mungkin akibat virus tempatan

 
     

PM: Kerajaan akan kaji sistem rel dan contohi kecekapan Stesen Tokyo

 
     

15,000 dijangka hadir majlis rumah terbuka Deepavali di Ipoh

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel