f8T7Cv_ujZ0 Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Separuh penjawat awam terlibat rasuah adalah golongan muda


Tarikh kemaskini: 19/08/2019





SHAH ALAM, 19 Ogos (Bernama) -- Separuh daripada kes rasuah yang membabitkan penjawat awam di negara ini terdiri daripada golongan muda berumur 40 tahun ke bawah.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya berkata kebanyakan mereka daripada sektor perolehan.

"Statistik SPRM menunjukkan sebanyak 46.3 peratus daripada 4,860 individu yang ditahan dari 2014 hingga Jun tahun ini, adalah kakitangan awam.

"Manakala 53.4 peratus daripada 4,860 individu yang ditahan SPRM bagi tempoh sama adalah golongan muda yang berusia 40 tahun ke bawah," katanya ketika berucap pada majlis melafazkan dan menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) barisan Exco Kerajaan Selangor di Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, hari ini.

Beliau berkata kajian yang dijalankan SPRM juga mendapati sebanyak 22.1 peratus responden penjawat awam mengakui sanggup menerima rasuah jika mempunyai kuasa atau kedudukan.

Katanya, perkara itu mesti diperbetulkan agar kesalahan rasuah dalam kalangan penjawat awam dapat dihapuskan sama sekali.

"Perkara ini perlu segera diperbetulkan. Ia menuntut komitmen semua pihak untuk bersama-sama dengan SPRM memerangi perkara ini," katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel