Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kadar pengangguran di Sabah masih tinggi


Tarikh kemaskini: 19/08/2019





KOTA KINABALU, 19 Ogos (Bernama) -- Kadar pengangguran di negeri ini berada di tahap kedua tertinggi di negara ini pada tahun lepas yang mencatatkan bilangan penganggur seramai 112,000 orang.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata sikap memilih kerja dan ketidaksepadanan antara kemahiran dengan kekosongan jawatan yang ditawarkan dalam industri menjadi antara penyebab kepada masalah berkenaan.

Katanya dalam usaha menurunkan kadar itu, Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Sumber Manusia (JPSM) Sabah sedang mengkaji dan seterusnya mengenal pasti jurang penawaran serta permintaan industri di negeri ini.

"Kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk menarik lebih ramai pelabur dari dalam dan luar negara untuk melabur di negeri ini bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

"JPSM juga merancang melaksanakan program usahawan digital bagi melahirkan usahawan yang berniaga menggunakan teknologi secara dalam talian seperti Instagram, Twitter, Facebook, YouTube, Google My Business, Clouds dan 365 M-Shop," katanya ketika merasmikan Karnival Pekerjaan Kembara Kerjaya anjuran Jabatan Tenaga Kerja dan JPSM di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Arifin Asgali.

Kembara itu bermula hari ini di Kota Kinabalu, diikuti Kudat (Esok), Kota Marudu (21 Ogos), Ranau (22 Ogos) dan berakhir di Keningau pada 23 Ogos.

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata majikan di negeri ini juga perlu mematuhi Perintah Gaji Minimum dengan membayar upah pekerja sekurang-kurangnya RM1,100 sebulan.

Bagi pekerja-pekerja yang mempunyai kelayakan yang lebih tinggi dan berkelulusan tinggi seperti Sijil Kemahiran, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana dan kelulusan-kelulusan lain, majikan digalakkan membayar gaji yang setimpal dengan kelulusan dimiliki, katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kastam Kelantan rampas pil kuda bernilai RM2.7 juta

 
     

Penjawat awam Kedah dapat bayaran khas RM750

 
     

Usaha memanjangkan LTSAS akan bermula tahun hadapan

 
     

Raja Permaisuri Agong berkenan rasmi Festival Busana Tradisional Kreatif KL 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel