Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kadar jangka pendek diunjur stabil


Tarikh kemaskini: 20/08/2019





KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil hari ini dengan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai hari ini dianggarkan sebanyak RM31.29 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam sebanyak RM16.55 bilion.

Bank pusat itu akan menawarkan tiga tender pasaran wang konvensional masing-masing RM2 bilion bagi tempoh tujuh hari, 14 hari dan 21 hari.

Ia akan turut menawarkan tender Qard merangkumi RM900 juta selama tujuh hari, RM1 bilion selama 14 hari dan RM1.3 bilion selama 31 hari.

BNM juga akan menawarkan Bil Antara Bank Bank Negara RM500 juta selama 91 hari.

Pada 4 petang, BNM akan melaksanakan tender konvensional semalaman sehingga RM25.3 bilion dan tender Murabahah semalaman RM13.3 bilion.

-- BERNAMA

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel