Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Maqis perlu tambahan 800 anggota baharu - Salahuddin


Tarikh kemaskini: 20/08/2019





SEPANG, 20 Ogos  -- Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) memerlukan tambahan 800 anggota baharu bagi berdepan dengan pelbagai isu dan cabaran di 57 pintu masuk di Semenanjung Malaysia dan Labuan.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata Maqis dengan kekuatan 463 anggota sekarang adalah tidak mencukupi untuk berdepan dengan pelbagai isu seperti penguatkuasaan, penyeludupan spesis benih dan penyakit.

"Sekarang ini pula isu berkaitan pembelian dalam talian di mana barang-barang (keluaran pertanian dan agromakanan) dapat melepasi operasi manual dan ini sudah pasti memerlukan kepakaran dan peralatan yang semakin canggih," katanya kepada media selepas majlis lafaz ikrar dan pelancaran Keramat MAQIS, di sini hari ini.

Salahuddin berkata beliau akan membawa isu penambahan anggota Maqis itu ke mesyuarat Kabinet dan untuk perhatian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

"Ini bukan satu permohonan yang suka-suka tetapi saya faham betapa pentingnya jumlah anggota penguatkuasaan ditambah,”katanya.

Salahuddin dalam pada itu berkata beliau berbangga kerana setakat ini tiada isu berkaitan anggota Maqis terlibat dengan salah guna kuasa atau didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

 Keramat MAQIS yang dilafazkan setiap hari sebelum pertukaran syif akan menjadi peringatan kepada anggota tentang betapa pentingya menjaga integriti dan tidak melakukan penyelewengan semasa bertugas, katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel