Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

AmInvestment kekalkan saranan ‘overweight’ bagi sektor telekomunikasi


Tarikh kemaskini: 20/08/2019





KUALA LUMPUR, 20 Ogos -- AmInvestment Bank hari ini mengekalkan saranan ‘overweight’ terhadap sektor telekomunikasi berikutan pelbagai sinergi yang bakal diraih daripada konsolidasi industri terbabit.

Menurut bank itu, langkah konsolidasi itu juga akan memberi kesan dari segi saingan harga yang menjejaskan margin sektor tersebut sejak tiga tahun lepas.

“Spekulasi mengenai penyusunan semula syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kini timbul semula yang turut membabitkan transformasi kos Telekom Malaysia yang radikal,” katanya dalam satu laporan sektor terbabit hari ini.

Bank itu menyatakan, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) juga lebih menumpukan teknologi 5G dengan aspek percubaannya bernilai RM115 juta akan dijalankan di lima negeri pada suku keempat tahun ini.

Malah menurut bank itu, ini merupakan antara perkara yang dibangkitkan dalam sesi taklimat MCMC dengan komuniti pelaburan, semalam.

AmInvestment Bank berkata standard 5G juga dijangka akan dimuktamadkan pada April tahun depan.

Selain itu, badan kawal selia tersebut dijangka mengemukakan laporan komprehensif ‘Lima Cabaran Utama dan Pelan Pelaksanaan 5G di Seluruh Negara’ menjelang suku akan datang dan semakan strategik pasaran komunikasi pada suku pertama 2020 yang disusuli dengan sesi rundingan awam.

“Peruntukan spektrum 5G itu masih belum ditentukan kerana menunggu hasil percubaan tersebut, keadaan ekosistem dan peralatan/peranti yang ada,” katanya.

MCMC turut menyebut harga saksama terhadap spektrum itu yang dapat memudahkan pelaksanaan perkhidmatan lebih pantas itu.

Namun, MCMC gagal memberi penjelasan membabitkan cadangan penggabungan Telenor Asia-Axiata pada taklimat itu kerana cadangan berkaitan masih belum dikemukakan oleh pihak terbabit.

Pendapatan pengiklanan (adex) internet itu meningkat secara memberangsangkan pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak 19 peratus.

Menurut suruhanjaya itu, adex internet media Malaysia meningkat 14 peratus tahun ke tahun kepada US$359 juta pada 2018, mengambil alih televisyen iaitu pasaran tradisional yang berkurangan dua peratus tahun ke tahun kepada US$263 juta dan radio yang menguncup tiga peratus tahun ke tahun kepada US$114 juta.

AmInvestment Bank berkata MCMC yang mengambil kira kadar penembusan jalur lebar talian tetap kekal rendah pada 8.1 peratus bagi setiap 100 penghuni, berhasrat melonjakkan kadar itu secara ketara memandangkan kajian Bank Dunia menunjukkan peningkatan 10 peratus penembusan jalur lebar talian tetap dapat menambah ingkatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 1.38 peratus di negara membangun.

Ini dapat diterjemahkan kepada peningkatan RM19 bilion berdasarkan KDNK 2018 Malaysia.

Menurutnya, pelaksanaan Standard Mandatori Mengenai Harga tahun lepas turut membawa kepada penurunan harga jalur lebar pada kadar purata 49 peratus dengan harga kemasukan bagi 30Mbps turun kepada RM79 sebulan daripada RM139 sebulan.

-- BERNAMA

 


MI MI MHFD INA

   

 
 
     
   
 

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel