Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua buruh binaan warga Indonesia maut ditimpa dinding konkrit


Tarikh kemaskini: 20/08/2019





SHAH ALAM, 20 Ogos -- Dua buruh binaan warga Indonesia maut apabila ditimpa runtuhan dinding konkrit di sebuah tapak pembinaan di Seksyen U16, Denai Alam di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang, Sahrullah dan Mattalha, kedua-duanya berumur 42 tahun meninggal dunia kerana cedera parah di beberapa bahagian badan.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.07 petang dan seterusnya menghantar sebuah jentera dengan kekuatan sembilan anggota.

“Setibanya di lokasi kejadian, mereka mendapati kedua-dua mangsa tersepit pada runtuhan dinding konkrit yang sedang dibina pada satu longkang yang juga masih dalam pembinaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah Hafisham, mayat Sahrullah dikeluarkan oleh orang awam. Mangsa dipercayai patah pada bahagian tengkuk selain patah tangan.

Beliau berkata anggota bomba mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mayat Mattalha dan terpaksa memecahkan dinding konkrit menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa yang cedera parah di kepala.

“Kedua-dua mangsa yang berasal dari Pamekasan, Jawa Timur disahkan meninggal oleh pasukan perubatan dan mayat mereka diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel