Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Seramai 70 peserta sertai Raleigh Borneo Expedition 2019


Tarikh kemaskini: 21/08/2019





KOTA KINABALU, 21 Ogos -- Seramai 70 peserta termasuk dari negara China telah menyertai program Raleigh Borneo Expedition 2019 selama sebulan yang berakhir semalam.

Presiden Raleigh Sabah Society (RSS) Norhafidzah Abin berkata daripada jumlah itu, 50 orang adalah peserta China termasuk pengurus sukarelawan menyertai program itu yang bermula pada 21 Julai lepas.

Beliau berkata program itu dijalankan di tiga kawasan iaitu Pitas, Lahad Datu dan Banjaran Crocker melibatkan aktiviti khidmat masyarakat, penanaman pokok serta cabaran pendakian.

"Ini merupakan program permulaan bagi menguji keupayaan Raleigh Sabah dan Semenanjung untuk mengadakan Raleigh kerana sebelum ini kami bergantung kepada Raleigh International," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan program itu, di sini semalam.

Norhafidzah berkata tujuan program itu diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti luar mengenai kawasan menarik di Sabah khususnya di pedalaman selain yang dipamerkan di iklan.

Katanya, program itu turut mendapat tajaan daripada Raleigh China dan sebuah persatuan belia tempatan bagi menggalakkan penglibatan anak-anak kampung menyertai program berkenaan.

"Tetapi yang paling utama ialah untuk membawa lebih ramai sukarelawan tempatan menyumbang tenaga dalam program berkenaan," katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel