Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kerajaan PH akan terus laksana polisi beri manfaat pada rakyat


Tarikh kemaskini: 21/08/2019





MIRI, 21 Ogos -- Kerajaan Pakatan Harapan (PH) komited untuk terus melaksanaan polisi yang memberi manfaat besar kepada rakyat antaranya yang memerlukan bantuan rawatan kesihatan.

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo Yu Keng berkata, Peka B40 adalah antara  program yang diperkenalkan oleh kerajaan PH bagi membantu golongan yang memerlukan rawatan perubatan terutama sekali penerima Bantuan Sara Hidup (BSH).   

“Inilah Malaysia Baru banyak perubahan dilakukan dalam tempoh setahun," katanya semasa melancarkan program kempen Kibar Jalur Gemilang di tapak tempat letak kereta Wisma Persekutuan Miri di sini hari ini.

Pegawai Penerangan Daerah Miri Aba Sam berharap orang awam turut menyokong kempen Kibar Jalur Gemilang dengan mengibarkan bendera di premis masing-masing.

Turut hadir pada majlis pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang anjuran Jabatan Penerangan Miri hari ini ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon serta Senator Alan Ling Sie Kiong.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel