Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis akan ambil keterangan wanita cedera jatuh pangsapuri di Kepong


Tarikh kemaskini: 21/08/2019




KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Polis akan mengambil keterangan wanita yang parah selepas dilapor terjatuh dari sebuah pangsapuri di Taman Kepong di sini bersama dua anaknya pada Isnin lepas 

Ketua Polis Daerah Sentul ACP S. Shanmugamoorthy Chinniah berkata proses mengambil keterangan wanita yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur itu akan dibuat selepas mendapat kebenaran doktor. 

"Buat masa ini, keterangan wanita itu belum diambil atas nasihat doktor dan siasatan berhubung kes itu masih diteruskan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Beliau berkata siasatan awal mendapati wanita itu tinggal bersebelahan lokasi kejadian dan motif kejadian masih disiasat.

"Polis masih mengenal pasti daripada tingkat berapa dia dan anak-anaknya terjatuh," katanya. 

Pada Isnin, wanita berusia 34 tahun bersama dua anaknya dilapor terjatuh dari sebuah pangsapuri di Taman Kepong, di sini, kira-kira 2.30 petang. 

Wanita itu dan anak perempuan berusia tujuh tahun cedera parah manakala anak lelakinya berusia enam tahun maut. 

-- BERNAMA 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel