Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiada lagi pencemaran di Sungai Ulu Benut


Tarikh kemaskini: 24/08/2019





JOHOR BAHRU, 24 Ogos (Bernama) -- Sungai Ulu Benut di Simpang Renggam yang tercemar akibat kesan sisa daripada tapak pelupusan sampah berhampiran, pada Mac lepas telah pun mula menunjukkan perubahan positif semenjak pihak berkuasa bertindak menutup tapak pelupusan berkenaan.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata kesan pencemaran di sungai itu tidak lagi kelihatan ketika ini dan kualiti air sungai juga telah kembali pulih dan selamat untuk digunakan penduduk setempat.

“Keupayaan pihak berkuasa untuk mengatasi pencemaran itu turut telah membantu menyelesaikan masalah bekalan air bersih di kawasan Simpang Renggam dan sekitarnya yang sering terjejas sebelum ini,” kata beliau dalam kenyataan di sini, malam ini.

Maszlee yang juga Menteri Pendidikan berkata sebagai pelan masa depan, pihaknya (Pejabat Ahli Parlimen Simpang Renggam) bersama pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri Johor akan merangka perancangan yang menyeluruh untuk sungai tersebut iaitu dengan memasukkannya dalam kalendar Tahun Melawat Johor 2020.

Ini berikutan Sungai Ulu Benut, katanya, mempunyai potensi besar untuk dimajukan sebagai kawasan pelancongan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     

740 membida nombor pendaftaran kenderaan siri ALL setakat petang ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel