Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Nazrin, Tuanku Zara berangkat ke Pertandingan Pidato Diraja 2019


Tarikh kemaskini: 24/08/2019





IPOH, 24 Ogos (Bernama) -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah serta Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim berkenan berangkat menyaksikan Program Tahunan Menyemai Semangat 'Kesetiaan Kepada Raja' Pertandingan Akhir Pidato Diraja di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sam Chai di sini, malam ini. 

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah. Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohamed Radzi. 

Program anjuran Pejabat Sultan Perak, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak itu turut meliputi pertandingan menulis esei Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, mencipta puisi (sajak), melukis karikatur dan melukis poster.

Pertandingan Pidato Diraja Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah di negeri ini bertujuan menimbulkan kefahaman secara menyeluruh mengenai peranan institusi diraja di negara ini.

Pertandingan itu dilaksanakan di setiap zon sejak April lalu dan hanya enam pemidato terbaik Bahasa Melayu serta Bahasa Inggeris kategori menengah atas bertanding di peringkat akhir malam ini.

Puteri Nur Irwani Husna Amin dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu 4, Gerik muncul juara pidato bagi kategori sekolah menengah atas Bahasa Melayu, manakala T. Daksheshkaran dari SMK Methodist (ACS) Ipoh dinobatkan juara bagi kategori sekolah menengah atas Bahasa Inggeris.

Juara pidato menerima wang tunai sebanyak RM750, piala iringan serta sijil penghargaan.

Hadiah disampaikan oleh Sultan Nazrin.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Dr Md Farid pemimpin muda yang komited bawa idea pembaharuan dalam kerajaan - Aminolhuda

 
     

Balu Mejar Zahir pohon hentikan spekulasi kematian suaminya

 
     

Sebutan kes pengubahan wang haram US$248 juta Riza Aziz pada 24 Sept

 
     

Michael Wong Duta Pelancongan Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel