Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

MPK perlu nasihat pemilik premis perniagaan dan kediaman kibar Jalur Gemilang


Tarikh kemaskini: 25/08/2019





KANGAR, 25 Ogos -- Majlis Perbandaran Kangar (MPK) diminta menasihatkan pemilik premis perniagaan dan kediaman supaya mengibarkan Jalur Gemilang menjelang sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-62 tidak lama lagi.

Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Perlis (PSMCNPs) Busu Ibrahim berkata nasihat tersebut dilihat penting dalam memupuk semangat cintakan negara melibatkan semua lapisan masyarakat di negara ini.

“Walaupun perkara ini tidak boleh dipaksa tetapi jika para pemilik premis-premis berkenaan tidak serius dalam pemasangan bendera, ia tidak boleh dibiarkan lagi,” katanya kepada Bernama.

Busu mengulas sikap dingin pemilik premis perniagaan dan perumahan dalam bandar Kangar dan taman-taman perumahan yang tidak menunjukkan semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang walaupun ulang tahun kemerdekaan bakal disambut tidak lama lagi.

Menurut beliau, sikap tersebut tidak berlaku suatu ketika dahulu apabila golongan peniaga dan pemilik rumah membeli sendiri bendera untuk dikibarkan dengan penuh meriah atas semangat kemerdekaan.

“Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini keadaan jauh berbeza apabila tidak banyak bendera dipasang dan dikibar di premis-premis perniagaan dan rumah-rumah kediaman,” tambahnya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel