Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mukhriz dahului senarai penerima darjah kebesaran dari Sultan Kedah


Tarikh kemaskini: 25/08/2019





ALOR SETAR, 25 Ogos -- Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir mendahului senarai penerima darjah kebesaran serta bintang kebesaran sempena Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang ke-77 hari ini.

Sultan Kedah turut berkenan mengurniakan Darjah Kerabat Kedah (D.K.(Kedah)) kepada Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri´ayatuddin Al-Mustaffa Billah Shah dengan Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin telah mempersembahkan warkah pengurniaan darjah kerabat itu kepada Yang Dipertuan Agong pada 22 Ogos lepas.

Mukhriz menerima Darjah Utama Seri Mahawangsa Yang Amat Dihormati (D.M.K) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama dan diikuti Tunku Laksamana Kedah Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin dikurniakan Darjah Seri Setia Sultan Sallehuddin Yang Amat Dihormati (S.S.S.K) dengan membawa gelaran Datuk Seri Diraja.

Seterusnya Sultan Sallehuddin berkenan mengurniakan darjah kebesaran Orang Besar Lapan Datuk Seri Paduka Indera kepada Datuk Indera Senggara Datuk Paduka Mohd Saad Endut.

Sementara itu, empat individu menerima Darjah Paduka Seri Setia Sultan Sallehuddin Kedah Yang Amat Dihormati (D.P.S.S) yang membawa gelaran Datuk Paduka iaitu Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Datuk Ahmad Kasim dan Mufti Kedah Datuk Sheikh Fadzil Awang, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim dan Datuk Lela Pahlawan Datuk Wira Ku Nahar Ku Ibrahim.

Selain itu, Datuk Seraja Setia Datuk Paduka Rasli Basir dikurniakan darjah kebesaran Orang Besar Enam Belas Datuk Indera Senggara.

Sultan Kedah juga berkenan mengurniakan Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah Yang Amat Dihormati (D.G.M.K) yang membawa gelaran Datuk Wira kepada Timbalan Menteri Kewangan Datuk Amiruddin Hamzah, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mahfuz Omar, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan Datuk Ahmad Badri Mohd Zahir dan Penasihat Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Negeri Kedah Datuk Dr Haji Wan Shamsudin Mohd Yusof.

Kemudian Datuk Mat Noh Ahmad menerima darjah kebesaran Orang Besar Tiga Puluh Dua Datuk Seraja Bakti.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Bekalan Air dan Sumber Air dan Tenaga Kedah Zamri Yusuf dan Pegawai Kewangan Negeri Kedah Isahak Murat masing-masing menerima Darjah Datuk Setia Sultan Sallehuddin Kedah (D.S.S.S) yang membawa gelaran Datuk. 

Sultan Sallehuddin turut berkenan menganugerahkan Darjah Datuk Setia Diraja Kedah (D.S.D.K) yang membawa gelaran Datuk kepada 23 penerima antaranya Duta Besar Malaysia ke Kazakhstan Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman, Naib Canselor Universiti Utara Malaysia Prof Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani, Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob dan Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail.

Dalam pada itu, seramai enam individu menerima Setia Sultan Sallehuddin Kedah (S.S.S) termasuk Presiden Pertubuhan KASIH Kedah Tok Puan Norzieta Zakaria, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Dan Sumber Manusia Kedah Dr. Salmee Said dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan dan Kebajikan Kedah Halimaton Shaadiah Saad.

Selain itu, seramai 14 individu menerima Setia Diraja Kedah (S.D.K) manakala dua lagi penerima mendapat pingat kebesaran Setia Diraja Kedah (S.D.K Kehormat).

-- BERNAMA

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel